Search This Blog

Monday, May 11, 2015

5 anggota polis Macedonia maut dalam pertempuran

AHAD, 10 MEI 2015 @ 11:57 AM

UNIT pasukan polis khas membuat rondaan di sekitar jalanraya di wilayah Kumanovo sebagai usaha menentang kumpulan bersenjata yang tidak dikenali. - Foto EPA

KUMANOVO, Macedonia: Lima anggota polis terbunuh manakala puluhan lagi cedera dalam pertempuran di bandar etnik Albania di utara Macedonia, sekali gus mengancam krisis politik di republik bekas Yugoslavia itu. Menteri dalam negeri negara Balkan itu menyatakan beberapa lelaki bersenjata turut terbunuh tetapi beliau tiada maklumat berhubung kemalangan jiwa kalangan orang awam dalam pertempuran menjelang pagi hingga lewat petang itu. Menurut polis, mereka melancarkan operasi di wilayah Kumanovo yang terletak 40 kilometer ke utara ibu negeri Skopje selepas mendapat maklumat berhubung "kumpulan bersenjata". Wilayah itu menyaksikan pertempuran hebat semasa pemberontakan kaum Albania pada 2001. Unit pasukan polis khas yang dilengkapi kereta perisai mengepung kawasan itu manakala helikopter berlegar di ruang udara. Wartawan Reuters melaporkan beliau mendengar tembakan senjata automatik dan beberapa letupan kuat. Kepulan asap dapat dilihat di ruang udara bandar itu manakala penduduk dilihat meninggalkan kawasan itu dengan membawa barangan mereka. - Reuters

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/54024

No comments:

Post a Comment