Search This Blog

Monday, May 4, 2015

45 penumpang terselamat nahas bas dekat Dungun

ISNIN, 4 MEI 2015 @ 11:26 AM

DUNGUN : Seramai 45 penumpang bas ekspres terselamat selepas bas yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan di Kilometer 357.9, Lebuh Raya Pantai Timur LPT2, dekat Ladang Madu, dekat sini, awal pagi tadi. Pemandu bas terbabit, Messuan Warsom, 38, berkata bas berkenaan dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Johor Bahru ketika kejadian pada kira-kira jam 2.15 pagi itu. Katanya, bas yang dipandunya itu sedang memotong sebuah treler di depan. Bagaimanapun, katanya, sebuah treler di depan yang berada di lorong kiri dikatakan tersasar masuk ke lorong kanan yang menyebabkan dia mengelak namun merempuh belakang treler berkenaan. "Kemalangan itu menyebabkan bahagian kiri bas remuk dan dua penumpang yang kelam kabut cuba keluar dari bas terbabit cedera di kepala akibat terkena serpihan bas terbabit," katanya. Katanya, dia bersyukur kesemua penumpang terselamat dalam kejadian itu sebelum ke Ibu Pejabat Polis Daerah untuk membuat laporan. Ketua Polis Daerah, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung dengan kejadian itu.

No comments:

Post a Comment