Search This Blog

Wednesday, May 13, 2015

41 maut di Nepal

KATHMANDU: Sekurang-kurangnya 19 terbunuh di Nepal manakala lima lagi di India akibat gempa bumi sekuat 7.3 pada skala Richter yang berpusat 68 kilometer di barat bandar Namche Bazaar berhampiran Gunung Everest dan sempadan Tibet, petang tadi.
Pegawai kanan Kementerian Luar Nepal, Laxmi Prasad Dhakal, berkata 19 terbunuh dan 981 cedera.
Lima orang terbunuh di negeri India yang yang bersempadan dengan Nepal iaitu seorang di Uttar Pradesh manakala empat lagi di Bihar. Media China melaporkan seorang terbunuh di Tibet selepas keretanya ditimpa batu.
Gempa bumi itu ialah yang kedua di Nepal dalam masa tidak sampai tiga minggu selepas gempa berukuran 7.8 yang membunuh lebih 8,000 orang serta menyebabkan lebih 17,000 cedera.
Gegaran semalam boleh dirasai sehingga utara India dan Bangladesh. - Reuters
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 Mei 2015 @ 12:19 AM

Keadaan perkampungan di Sankhu selepas gempa bumi sekuat 7.3 pada skala Richter. - Foto Reuters
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/50434#sthash.P7d1SbaN.dpuf

No comments:

Post a Comment