Search This Blog

Monday, May 11, 2015

4 maut Airbus tentera terhempas


Nahas berlaku ketika pesawat jalani ujian penerbangan
11 Mei 2015 2:19 AM


Gambar fail bertarikh 11 Disember 2009, memaparkan pesawat Airbus A400M mendarat di Seville, selatan Sepanyol. AFP

SEVILLE 10 Mei - SebaNyak empat orang terkorban apabila sebuah pesawat pengangkut tentera Airbus A400M terhempas berhampiran Lapangan Terbang Seville di selatan Sepanyol ketika menjalani ujian penerbangan, insiden pertama berlaku melibatkan pesawat pengangkut baharu.
Sejurus kejadian, Britain, Jerman, dan Turki yang telah menerima pesawat tersebut mengumumkan untuk tidak menggunakannya sementara, manakala Perancis menyatakan tiada sebab untuk pihaknya berbuat demikian.
Ketua Wilayah Andalusia, Antonio Sanz berkata, seramai empat orang terbunuh dalam kejadian tersebut, sementara dua lagi cedera parah.
“Pesawat terhempas berhampiran kawasan bukan kediaman yang terletak kira-kira 1.6 kilometer dari lapangan terbang.
“Operasi lapangan terbang itu ditutup kira-kira satu jam ekoran kemalangan tersebut. Kepulan asap tebal hitam juga dapat dilihat di sekitar lokasi kejadian,” katanya.
Sebanyak 174 pesawat Airbus A400M telah ditempah termasuk Perancis (50), Jerman (53), Sepanyol (27) dan Britain (22).
Fasa pertama penghantaran pesawat itu pada 2013 melibatkan Perancis yang kini memiliki enam buah Airbus A400M, diikuti Turki (2), Britain (2), Jerman (1), dan Malaysia (1).
Malaysia menerima pesawat berkenaan untuk Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada Mac lalu dalam urus niaga bernilai RM8.97 bilion.
Perdana Menteri Sepanyol, Mariano Rajoy, yang dimaklumkan tentang nahas itu ketika berada di Tenerife, Kepulauan Canary berkata, sebanyak enam orang dipercayai berada di dalam pesawat ketika kejadian.
Nahas tersebut merupakan yang pertama buat pesawat Airbus A400M sejak mula beropasi. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/4-maut-airbus-tentera-terhempas-1.90456#sthash.LB73ZyOf.dpuf

No comments:

Post a Comment