Search This Blog

Wednesday, May 13, 2015

32 motosikal disita dalam Ops Roda

Shah Alam: Sebanyak 32 motosikal disita dan 64 saman dikeluarkan dalam Ops Roda Sekolah di sekitar Sekolah Menengah Jalan Kebun, Seksyen 32, Shah Alam, hari ini.
Operasi berkenaan yang dijalankan Pasukan Trafik Bukit Aman dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam yang memberi tumpuan kepada pelajar sekolah yang melakukan kesalahan jalan raya.
Timbalan Ketua Trafik Bukit Aman Asisten Komisioner Mahamad Akhir Darus berkata, daripada 64 saman yang dikeluarkan, 49 daripadanya atas kesalahan tidak memiliki lesen memandu dan selebihnya atas kesalahan trafik lain.
Menurutnya, operasi trafik di sekolah dijalankan bagi memberi kesedaran kepada pelajar khususnya golongan remaja motosikal agar menitik beratkan keselamatan ketika di jalan raya.
"Untuk tempoh Januari hingga April tahun ini, sebanyak 13 kematian murid sekolah rendah dan 300 kematian pelajar sekolah menengah dicatatkan masing-masing disebabkan kemalangan jalan raya di seluruh negara," katanya ketika ditemui sejurus operasi tamat.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 Mei 2015 @ 4:38 PM


SEBAHAGIAN pelajar yang ditahan polis atas kesalahan tidak memakai topi keledar, tiada lesen memandu dan no pendaftaran dalam Ops Roda. FOTO Roslin Mat Tahir.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/50404#sthash.nVwdJF2Z.dpuf

No comments:

Post a Comment