Search This Blog

Wednesday, May 13, 2015

3 maut lori jatuh gaung


KEADAAN salah seorang mangsa yang mati selepas tercampak keluar dari lori yang terjunam ke dalam gaung kelmarin.


PAPAR – Tiga terbunuh manakala seorang cedera parah selepas sebuah lori terbabas sebelum tercampak ke dalam gaung sedalam kira-kira 30 meter dalam kejadian di Kilometer 40 Jalan Kimanis-Keningau dekat sini petang kelmarin.
Kejadian pada pukul 5.40 petang itu berlaku ketika kesemua mangsa dalam perjalanan dari arah Keningau menuju ke Kota Kinabalu.
Tiga mangsa yang maut ialah pemandu lori, Mohd. Radzai Saad, 51, dan dua penumpang iaitu Junaisham Ehing, 24, serta Fatimah Jalbum, 29, manakala mangsa yang cedera dikenali sebagai Abdul Esmi Jalbun, 30.
Difahamkan, kesemua mangsa yang berada di dalam kenderaan tersebut tercampak keluar ketika lori tersebut terjunam ke dalam gaung.
Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superintendan George Abd. Rakman berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika lori tersebut sedang menuruni bukit sebelum pemandunya hilang kawalan menyebabkan lori tersebut terbabas dan terjunam ke dalam gaung.
“Tiga mangsa termasuk pemandu meninggal dunia di lokasi kejadian manakala seorang mangsa cedera parah dan kini dirawat di Hospital Queen Elizabeth,” katanya di sini semalam.
Jelasnya, pihaknya masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0513&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz3Zxs6C74p 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment