Search This Blog

Wednesday, May 13, 2015

2,340 Kg Ketam Cuba Diseludup Ke Sabah


Diterbitkan: Rabu, 13 Mei 2015 2:07 PM

TAWAU: Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau mematahkan cubaan menyeludup masuk kira-kira 2,340 kilogram ketam hidup ke Sabah melalui perairan Tawau, Selasa.
Komander PPM Wilayah Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Madun berkata, ketam berkenaan dirampas melalui Ops Paradise di perairan Batu 3, Jalan Apas antara jam 3.30 pagi hingga 5.00 pagi.
Anggota PPM yang melakukan tugasan harian terserempak dengan tiga bot laju dari negara jiran (Indonesia) sedang menuju ke pantai.
"Setelah melakukan pemeriksaan, juragan ketiga-tiga bot itu gagal menunjukkan dokumen import ketam yang diisi dalam 130 buah kotak," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, tujuh lelaki berusia antara 17 hingga 35 tahun turut ditahan kerana gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri.

No comments:

Post a Comment