Search This Blog

Monday, May 11, 2015

22 maut polis tumpaskan kumpulan bersenjata di Macedonia

ISNIN, 11 MEI 2015 @ 8:43 AM

KESAN peluru menembusi dinding di ruang tamu sebuah rumah di Kumanovo selepas pertempuran antara anggota polis Macedonia dan kumpulan bersenjata. - Foto AFP

 KUMANOVO (Macedonia): Polis Macedonia menumpaskan satu kumpulan pengganas etnik Albania dalam pertempuran yang berlarutan sepanjang hari yang mengorbankan sekurang-kurangnya 22 orang yang disifatkan krisis politik terbaharu melanda negara bekas Republik Yugoslavia itu. Sementara itu, NATO yang mengheret Macedonia dalam perang saudara pada 2001, meminta agar satu 'penyiasatan telus' dibuat mengenai punca kejadian apabila polis memasuki satu kawasan kedianan penduduk Albania di utara negara itu, Sabtu lalu.

WARGA Albania mengusung keranda anggota polis, Isamedin Osmani yang terkorban dalam pertempuran itu untuk disemadikan di perkampungan Studenicani. - Foto EPA

Kerajaan berkata, lapan anggota polis dan 14 anggota 'kumpulan bersenjata' itu terbunuh dalam tembak menembak berkenaan yang didakwa diketuai bekas komander pemberontak negara jiran Kosovo. Beliau dikatakan keluar dari Serbia pada perang 1999 dan memberikan inspirasi kepada etnik Albania untuk memberontak di Macedonia, dua tahun kemudian. Polis berkata, kumpulan lelaki bersenjata itu dipercayai merancang untuk mengadakan beberapa serangan keganasan ke atas orang awam dan pasukan keselamatan bulan ini. Letupan dan tembakan senjata automatik menggegarkan bandar Kumanovo, sepanjang malam Sabtu dan pagi semalam. - REUTERS

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/54160

No comments:

Post a Comment