Search This Blog

Wednesday, May 13, 2015

18 dalang kes culik ditahan

Shah Alam: Polis Selangor menumpaskan sindiket penculikan yang didalangi warga asing dan tempatan dengan tertangkapnya 18 individu di sekitar Lembah Klang, semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata, semua suspek berusia 20-an hingga 40-an itu ditahan selepas terbabit dalam penculikan seorang lelaki Bangladesh di Taman Cahaya Ampang, 7 Mei lalu.
Menurut Mohd Adnan, suspek meminta wang tebusan sebanyak RM140,000 daripada keluarga mangsa yang berada di Bangladesh sekiranya tidak mahu lelaki berusia 32 tahun itu diapa-apakan.
"Susulan daripada laporan yang diterima Sabtu lalu, sepasukan pegawai dan anggota polis menyerbu beberapa lokasi di Sungai Chua serta Taman Medan dan Jalan Klang Lama, awal pagi semalam.
"Mangsa ditemui dalam keadaan selamat di sebuah rumah di Taman Medan, kira-kira jam 6 pagi semalam dan polis tidak menolak kemungkinan suspek terbabit dalam kes penculikan warga asing lain yang dilaporkan sebelum ini," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini, hari ini.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 Mei 2015 @ 6:58 PM


Mohd Adnan (dua dari kiri) bersama pegawai menunjukkan hasil rampasan kes culik warga Bangladesh pada sidang media di IPK Selangor, hari ini. FOTO Muhammad Sulaiman
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/50421#sthash.g3PHBsAH.dpuf

No comments:

Post a Comment