CIUDAD ACUNA - MEXICO. Sebuah bandar dilaporkan dilanda puting beliung yang disifatkan paling ganas dalam sejarah Mexico, Isnin lepas.

Menurut laporan CNN, 13 orang awam termasuk tiga kanak-kanak maut manakala 200 yang lain cedera dalam kejadian yang berlaku selama enam saat tersebut.

Sebanyak 400 buah rumah rosak teruk manakala beratus-ratus kenderaan dilaporkan rosak dan tercampak ke atas bumbung.

"Ada kenderaan yang tercampak ke atas bukit," kata penduduk, Homero Iracheta.

Ribut yang melanda Mexico awal minggu ini juga menyebabkan hujan ais dan Ciudad Acuna merupakan kawasan yang paling banyak dilanda kerosakan.