Search This Blog

Monday, May 11, 2015

11 suspek curi motosikal dicekup

Chukai: Polis Kemaman menahan 11 suspek curi motosikal di sekitar daerah Kemaman serta merampas 11 motosikal yang dilaporkan hilang dalam Ops Lejang bermula 4 hingga 8 Mei lalu.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintendan Normansah Din berkata, dalam Ops Lejang selama lima hari itu, polis turut merampas sebuah enjin motosikal daripada seorang suspek terbabit.
"Tujuh motosikal termasuk sebuah enjin dilaporkan hilang di Air Putih, sebuah di Chukai, sebuah di Kertih serta masing-masing sebuah di Petaling Jaya dan Shah Alam, Selangor.
"Kesemua suspek yang ditahan berusia 20 hingga 30 tahun dan siasatan polis mendapati ada antara mereka mempunyai rekod jenayah lampau," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman, dekat sini, hari ini.
Menurutnya, kesemua suspek akan didakwa mengikut mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan motor yang memperuntukkan hukuman denda maksimum tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan serta Seksyen 411 kanun sama kerana menerima harta curi dengan curang yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 Mei 2015 @ 4:53 PM


NORMANSAH (kiri) melihat motosikal yang dirampas dalam Ops Lejang. FOTO Shamsudin Husin
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/50163#sthash.qiSDTgs4.dpuf

No comments:

Post a Comment