Search This Blog

Thursday, April 23, 2015

Yaman: Pemberontak tawan pangkalan tentera, serangan udara diteruskan

KHAMIS, 23 APRIL 2015 @ 12:14 AM

 PENDUDUK memeriksa tempat yang dibedil dalam serangan udara di bandar Saada, Yaman. - Foto Reuters


 KAHERAH/ADEN: Pesawat pakatan negara Arab yang diketuai Arab Saudi mengebom Yaman biarpun selepas Riyadh mengumumkan ia akan menamatkan kempen serangan udara ketika pertempuran baharu di darat meletus antara pemberontak dan tentera yang setia dengan presiden. Keadaan itu menunjukkan betapa sukarnya untuk mencari penyelesaian politik kepada peperangan yang mencetuskan ketegangan antara dua kuasa Teluk - Arab Saudi dan Iran. Pengumuman oleh Riyadh kelmarin bahawa ia akan menamatkan serangan udara hampir sebulan ke atas sekutu Iran, puak pemberontak Houthi, disambut baik Rumah Putih dan Tehran. Namun, selepas beberapa jam, serangan udara dan pertempuran di darat meletus semula. Pemberontak Houthi pula menyatakan ia mahu kembali kepada rundingan damai PBB tetapi hanya selepas serangan udara dihentikan. Sementara itu, puak pemberontak menawan sebuah pangkalan tentera darat yang setia kepada Presiden Abd-Rabbu Mansour Hadi di bandaraya Taiz. Menurut penduduk, satu serangan udara Arab Saudi menyasarkan ibu pejabat pangkalan itu dilancarkan tidak lama kemudian. Pesawat pakatan negara Arab itu kemudian mengebom kedudukan pemberontak di selatan Yaman dengan 12 lagi serangan udara.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/49198

No comments:

Post a Comment