Dalam kejadian pukul 7.50 pagi itu, Yagya Bahadur Burja, 34, ditemukan mati tergantung selepas mengikat dirinya menggunakan tali dan tuala di padang permainan, Taman Siswa Jaya di Parit Raja.
Mangsa yang bekerja di sebuah kilang di sini, turut menulis sekeping surat dalam bahasa Nepal yang ditinggalkan di asrama pekerja kilang tersebut.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, mangsa meminta wang simpanan di dalam akaun diserahkan kepada isteri yang berada di Nepal.
“Dalam surat itu juga, mangsa menulis yang dia menghidap sejenis penyakit dan tidak mahu menyusahkan sesiapa, namun tidak menyatakan jenis penyakitnya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Din memberitahu, mangsa menggantung diri di pokok teja setinggi 10 meter dengan memanjat pohon tersebut sebelum melompat ke bawah.
“Tiada unsur jenayah dalam kejadian ini dan kematian mangsa diklasifikasikan sebagai mati mengejut.