Search This Blog

Friday, April 17, 2015

Tujuh pelajar KMJ dijangkiti tibi



TUJUH pelajar dikuarantin di tempat khas sejak awal April lalu bagi mengelakkan penyebaran penyakit tersebut di Kolej Matrikulasi Johor, Ledang.


LEDANG – Seramai tujuh pelajar Kolej Matrikulasi Johor (KMJ) di sini diasingkan di tempat khas di kolej itu kerana disyaki dijangkiti wabak tibi atau batuk kering.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Datuk Ayub Rahmat berkata, pengasingan itu dibuat bagi mengelak berlakunya penularan wabak tersebut.
"Hasil saringan pemeriksaan kesihatan, kita mendapati seramai lima orang pelajar perempuan dan dua orang pelajar lelaki disyaki dijangkiti penyakit tibi pada awal April lalu.
"Mereka kini diasingkan di kawasan khas di kolej tersebut daripada pelajar-pelajar lain," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0417&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz3XVsjcRzt 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment