Search This Blog

Friday, April 17, 2015

Suspek curi motosikal ditahan di Nusajaya


Oleh Isma Ismail
Johor Bahru: Motosikal dan tiga rangka kenderaan serta sepucuk pistol ditemui hasil penahanan tiga suspek curi motosikal di Nusajaya pada 3 April lalu.
Ketua Polis Johor, Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, suspek terbabit ditahan pada 29 Mac selepas disyaki mendalangi kegiatan curi motosikal.
Menurutnya, polis bersama Unit Selam Polis Bantuan Pelabuhan Tanjung Pelepas kemudiannya melakukan pencarian barang kes di Sungai Melana, Skudai.
"Selain rangka yang dipercayai dibuang di situ, kami turut menemui sepucuk pistol tanpa kelopak dan peluru," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini, hari ini.
Menurutnya, pihaknya percaya menyelesaikan 21 kes dengan penahanan suspek berkenaan.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 369A Kanun Keseksaan.

No comments:

Post a Comment