Search This Blog

Friday, April 17, 2015

Suami isteri dalang makmal dadah



ABDUL RAHIM (dua dari kanan) menunjukkan peralatan memproses dadah dan pistol yang dirampas daripada sepasang suami isteri dan seorang lelaki pada sidang akhbar di IPK Pulau Pinang, George Town semalam.


GEORGE TOWN – Kegiatan licik sepasang suami isteri bersama seorang lelaki menjalankan sindiket pemprosesan dan pengedaran dadah sintetik sejak enam bulan lalu terbongkar selepas ditahan di sebuah rumah di Bukit Mertajam dekat sini kelmarin.
Ketiga-tiga mereka diberkas dalam operasi yang dijalankan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri kira-kira pukul 11 malam.
Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, semasa serbuan, kesemua mereka berusia antara 47 hingga 50 tahun itu berada di dalam kediaman yang dijadikan sebuah makmal memproses heroin, pil WY dan syabu.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0417&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz3XVsxy7PG 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment