KUALA LUMPUR 22 April – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terus bertindak agresif memburu individu yang terlibat dengan kes penyelewengan program Pinjaman Induk Tanpa Faedah (Pintaf).
Terbaharu, seramai empat lagi kakitangan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Johor ditahan SPRM hari ini sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan tangkapan setakat ini seramai 16 orang.
Pengarah SPRM Johor, Azmi Alias berkata, kesemua yang ditahan berumur dalam lingkungan 40-an sehingga 50-an yang merupakan Pegawai Perkhidmatan Veterinar dan Pembantu Veterinar.
Menurut beliau, kesemua mereka ditahan di dua lokasi
di Muar dan Segamat.
“Kesemua mereka turut dibawa ke SPRM Melaka untuk diambil keterangan dan disiasat bawah Seksyen 17 (a) dan Seksyen 18 Akta SPRM 2009 berkaitan kesalahan menerima suapan daripada pembekal serta bersubahat memalsukan dokumen tuntutan bekalan dan pembayaran program itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
No comments:
Post a Comment