Search This Blog

Wednesday, April 8, 2015

Polis tembak mati 20 penyeludup kayu cendana



BEBERAPA mayat penyeludup kayu cendana yang mati ditembak di negeri Andhra Pradesh, India kelmarin.


HYDERABAD – Sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh apabila polis melepaskan tembakan terhadap kumpulan penyeludup kayu cendana di negeri Andhra Pradesh, selatan India semalam.
Timbalan Ketua Polis Andhra Pradesh, M. Kantha Rao memberitahu, tembakan terpaksa dilepaskan bagi mempertahankan diri selepas anggota polis cuba diserang oleh lebih 100 orang penyeludup di sebuah kawasan hutan terpencil.
“Kami telah memberikan amaran supaya menyerahkan kayu tersebut tetapi mereka enggan mematuhi arahan. Anggota polis ditemani oleh pegawai hutan dalam kejadian tersebut,” ujarnya.
Dalam pada itu, seorang pegawai perhutanan memberitahu, penyeludup terbabit telah menyerang polis menggunakan kayu, kapak dan batu dalam dua kejadian berasingan.
“Polis terpaksa menggunakan senjata api bagi mempertahankan diri menyebabkan sembilan mati di satu tempat, manakala 11 lagi mati di tempat berasingan di kawasan hutan yang sama,” ujarnya.
Kantha yang mengetuai usaha membanteras penyeludupan kayu cendana berkata, enam hingga tujuh orang anggota polis cedera dalam kejadian yang berlaku di daerah Chittoor iaitu 480 kilometer dari sini.
Aktivis Forum Hak Asasi di Andhra Pradesh pula memaklumkan, terdapat beberapa pertempuran berlaku antara polis dan penyeludup cendana yang mendapat permintaan tinggi dari negara jiran, China. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0408&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3WfeEWRIJ 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment