Search This Blog

Wednesday, April 8, 2015

Polis rampas daun, air ketum



Fah HIN (kiri) menunjukkan daun dan air ketum yang siap dibungkus pada sidang akhbar di Balik Pulau, Pulau Pinang semalam.


BALIK PULAU – Kelicikan dua pembekal air ketum menjalankan kegiatan memproses minuman itu sejak tiga bulan lalu terbongkar setelah kediaman mereka di Sungai Korok dan Sungai Batu, Teluk Kumbar di sini diserbu polis kelmarin.
Dua lelaki berusia dalam lingkungan 30-an itu diberkas di dua lokasi berasingan oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya (IPDBD) kira-kira pukul 12 malam dan 4.15 petang.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Lai Fah Hin berkata, penahanan suspek terbabit dilakukan setelah pihaknya menerima laporan berhubung kegiatan pempro­sesan ketum yang dijalankan di rumah mereka.
Menurutnya, serbuan pertama dilakukan di Sungai Korok dan telah menemui sebanyak 92 bungkusan air ketum yang sudah diproses di dalam sebuah pondok.
“Kurang daripada 24 jam, kita telah menyerbu sebuah rumah yang didiami salah seorang suspek terbabit dan telah merampas sebanyak 206 bungkusan air ketum.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0408&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz3Wfi72u5B 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment