Search This Blog

Friday, April 17, 2015

Penuntut UTAR maut kemalangan

KEADAAN kenderaan yang dinaiki mangsa. FOTO Asrizal Aris
Oleh Asrizal Aris 
am@hmetro.com.my


Kampar: Penuntut Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) maut selepas kereta yang dinaiki bersama rakannya dirempuh kereta lain di persimpangan lampu isyarat di Kilometer 33.7 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur, di sini, petang tadi.
Dalam kejadian 4.15 petang itu, mangsa, S Hemala, 20, dalam perjalanan pulang ke kolej bersama empat lagi rakannya selepas selesai membeli belah di pasaraya.
Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon berkata, kemalangan membabitkan kereta jenis Proton Wira yang dirempuh kereta model Nissan Sylphy.
"Siasatan awal mendapati kereta yang dinaiki mangsa keluar dari simpang secara tiba-tiba lalu dirempuh di bahagian tepi kanan oleh kereta yang memandu lurus.
"Akibat kemalangan terbabit mangsa mengalami kecederaan parah lalu meninggal dunia di tempat kejadian. Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Kampar untuk dibedah siasat," katanya.
Menurutnya, empat lagi rakan mangsa hanya mengalami kecederaan ringan dan pemandu kereta mangsa diambil keterangan sehingga kes selesai.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 April 2015 @ 8:30 PM



- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/44272#sthash.WCatqKL9.dpuf

No comments:

Post a Comment