Dzhokhar Tsarnaev
Dzhokhar Tsarnaev
BOSTON - AMERIKA SYARIKAT. Seorang pendakwaraya memberitahu bahawa Dzhokar Tsarnaev dan abangnya mahu 'menghukum' Amerika Syarikat (AS) dalam kejadian pengeboman Boston Marathon pada 2013.

Menurut BBC, peguam memberitahu Tsarnaev mengaku melakukan pengeboman berkenaan tapi memberi alasan beliau dipengaruhi oleh pemikiran radikal abangnya.

Jika disabitkan kesalahan, Dzhokar Tsarnaev yang berumur 21 tahun mungkin dihukum mati atau dipenjara seumur hidup.

Dalam kejadian pada April 2013 berkenaan, tiga orang maut termasuk seorang kanak-kanak berumur lapan tahun selepas sebuah bom diletupkan ketika sebuah maraton.

Seramai 260 orang lagi cedera parah termasuk hilang anggota badan dan seorang polis terbunuh ketika operasi memburu pengebom dijalankan.