Pencemaran radiasi Fukushima dikesan di Canada
Seorang wanita berjalan di pesisiran pantai Ucluelet. - Foto Reuters
OREGON - AMERIKA SYARIKAT. Pencemaran radiasi disebabkan krisis Fukushima di Jepun pada 2011 dikesan di persisiran pantai Amerika Utara, semalam.

Menurut Reuters, saintis dari institusi Woods Hole Oceanographic, Ken Buesseler memberitahu, tahap radiasi bagaimanapun sangat rendah untuk menimbulkan ancaman terhadap manusia atau hidupan marin di lokasi tersebut.

Buesseler mengatakan sejumlah Cesium-134 dan Cesium-137 dikesan di pantai Ucluelet pada 19 Februari lepas.

Krisis Fukushima timbul selepas bencana tsunami menyebabkan kebocoran reaktor di loji nuklear Fukushima yang terletak di barat laut Tokyo, Jepun.