Search This Blog

Friday, April 17, 2015

Pembunuh cuba lari ke Indonesia


PEKERJA Econsave, K. Kumar menunjukkan lokasi tompokan darah Nursyafikah pada 11 April lalu selepas dia ditikam oleh bekas tunangnya di tempat meletak kereta di pasar raya itu di Kluang pada Jumaat lalu.


JOHOR BAHRU – Suspek kes bunuh seorang kerani sebuah pasar raya di Kluang yang menghilangkan diri akhirnya diberkas polis dalam satu serbuan di Bandar Penawar, Kota Tinggi dekat sini pada Selasa lalu.
Suspek berusia 20-an itu yang juga bekas tunang kepada mangsa, Nursyafikah Ahmad Ismail, 20, ditahan kira-kira pukul 10 malam semasa menunggu ketibaan sebuah bot yang mahu membawanya ke negara jiran disyaki Indonesia.
Sebelum dicekup, suspek yang berasal dari Ulu Tiram, Johor dipercayai menyembunyikan diri di dalam hutan di sekitar Bandar Penawar bagi mengelak dikesan pihak polis sebelum merancang meninggalkan negara ini dengan menggunakan laluan tikus.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0417&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3XVsr4TpS 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment