Keadaan lori treler yang sarat membawa muatan kayu balak terhumban ke dalam sungai di Kilometer 24, Jalan Kuala Betis, Gua Musang kelmarin.
|
GUA MUSANG – Seorang lelaki maut manakala bapanya cedera selepas lori treler membawa muatan kayu balak yang mereka naiki terbabas ke dalam sungai di Kilometer 24, Jalan Kuala Betis di sini kelmarin.
Dalam kejadian pukul 4.30 petang itu, mangsa, Mohd. Tarmizi Mohamad Na’aim, 35, dan bapanya, Mohamad Na’aim Mat Zin, 58, dalam perjalanan dari Pos Tohoi menuju ke bandar Gua Musang.
Jarak antara tempat kejadian dengan bandar Gua Musang kira-kira 29 kilometer. Kedua-dua mangsa tinggal di Kampung Tanah Putih di sini.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Saiful Bahri Abdullah berkata, lori yang dipandu Mohamad Na’aim dipercayai hilang kawalan sewaktu melintas jambatan kayu di situ lalu terbalik ke dalam sungai.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0423&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz3Y5D7svyI
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment