Search This Blog

Friday, April 17, 2015

Pemandu maut, penumpang cedera bas ekspres terbalik

TIGA pemumpang cedera manakala pemandu maut apabila bas ekspress terbabas. FOTO ihsan Bomba
Oleh Mohd Rizal Abdullah
Miri: Pemandu bas maut manakala tiga penumpang cedera apabila bas ekspres dinaiki terbalik di Jalan Miri-Bintulu berdekatan Sarawak Oil Farm Berhad di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian 9.15 pagi, bas yang dinaiki lapan penumpang itu dipercayai hilang kawalan lalu terbabas.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Farhan Sufyan Borhan berkata, terdapat lapan penumpang di dalam bas berkenaan iaitu tiga tiga wanita dan lima lelaki.
Menurutnya, pemandu yang maut dikenali sebagai Liew Yeh Shin, 52, manakala yang cedera
adalah dua lelaki dan seorang wanita.
"Penumpang lain hanya mengalami kecederaan ringan," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 April 2015 @ 12:08 PM


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/44195#sthash.iNf6Dn8I.dpuf

No comments:

Post a Comment