Search This Blog

Thursday, April 23, 2015

Pasangan kekasih dijel

Bali: Seorang wanita warga Amerika Syarikat (AS) dan kekasihnya dihukum penjara semalam selepas didapati bersalah membunuh ibunya sendiri.
Mahkamah Daerah Denpasar menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun terhadap Heather Mack dan 18 tahun penjara terhadap kekasihnya, Tommy Schaefer.
Pasangan itu didapati bersalah atas tuduhan merancang membunuh ibu Heather, Sheila von Wiese-Mack ketika sedang bercuti di sini pada 12 Ogos tahun lalu.
Mayat Sheila, 61, dijumpai di dalam sebuah beg pakaian yang diletakkan di dalam bonet teksi di Resort St. Regis di sini.
Pasangan berkenaan ditahan sehari selepas mayat wanita itu dijumpai.
Polis berkata, wanita itu mati akibat dipukul dengan teruk menggunakan objek tumpul.
Barisan tiga panel hakim memutuskan untuk meringankan hukuman terhadap Heather, 19, kerana dia baru melahirkan anak.
“Bayi yang baru dilahirkan itu memerlukan kasih sayang dan masih menyusu dengan ibunya,” kata hakim.
Mahkamah sebelum itu memutuskan Schaefer, 21, bersalah memukul Sheila hingga mati di dalam sebuah bilik di hotel berkenaan.
Heather pula didapati bersalah membantu Schaefer membunuh ibunya sendiri.
Schaefer dan Heather yang berasal dari Chicago, AS dibicara secara berasingan tetapi perbicaraan berlangsung di mahkamah, hakim dan pendakwa raya yang sama.
Lelaki itu mengaku memukul kepala Sheila dengan mangkuk besi selepas wanita itu cuba menjerut lehernya.
Sheila dipercayai berang apabila mengetahui anaknya mengandung selepas menjalinkan hubungan dengan Schaefer.
Pasangan berkenaan mempunyai masa selama satu minggu untuk merayu keputusan mahkamah itu.
Tuduhan membunuh dengan niat boleh dikenakan hukuman mati.
Bagaimanapun, pendakwa raya meminta mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun terhadap Schaefer dan 15 tahun terhadap Heather.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 April 2015 @ 7:40 AM


HEATHER (kiri) dan Schaefer bersama bayi mereka ketika hadir ke sebuah mahkamah di Bali semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/45436#sthash.KvAw1TrZ.dpuf

No comments:

Post a Comment