Search This Blog

Wednesday, April 8, 2015

Nenek parah dibelasah perompak


Flat Kenari di Kangkar Pulai, Johor Bahru tempat Zainun dipukul penjenayah kelmarin.


JOHOR BAHRU – Sudahlah kehilangan rantai emas, muka pula parah dipukul dengan kayu.
Itulah nasib seorang nenek apabila rumahnya di Flat Kenari, Kangkar Pulai di sini dimasuki dua perompak petang kelmarin.
Dalam kejadian pukul 6.30 petang itu, Zainun Baharon, 77, mengalami pendarahan teruk di kepala, muka dan mata kiri akibat dibelasah dengan kayu oleh kedua-dua lelaki berkenaan.
Sewaktu kejadian, wanita itu yang berniaga ‘aiskrim Malaysia’ secara kecil-kecilan di rumah, berada di bahagian dapur selepas turun membuang sampah dari rumahnya yang terletak di tingkat tiga flat berkenaan.
Bagaimanapun, belum sempat hendak mengunci pintu, dia tiba-tiba didatangi salah seorang penjenayah dari arah belakang.
“Saya ditumbuk dan dibelasah sehinggakan muka serta kepala berdarah.
“Selepas itu, saya tidak sedar apa yang berlaku,” katanya ketika ditemui di kediamannya di sini semalam.
Gambar Zainun terlantar dengan mata lebam dan muka berdarah menjadi viral di internet sejak kelmarin.
Difahamkan, gambar tersebut diambil oleh salah seorang jiran Zainun sebelum dimuat naik ke laman sosial.
Cerita Zainun, selepas sedar daripada pengsan, dia yang mempunyai masalah pendengaran mendapati gelang tangan dan rantai leher yang dipakainya telah hilang.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0408&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3Wfhg0n00 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment