MAYAT mangsa ditemui dengan kesan kecederaan di leher dan dagu. FOTO ihsan pembaca |
Dalam kejadian itu, mayat mangsa ditemui orang ramai dalam keadaan terbaring di dalam longkang di lokasi kejadian yang berhadapan Pejabat Pos Bagan Dalam, di sini.
Difahamkan, mangsa yang cedera di leher dan dagu itu dipercayai dibunuh berdasarkan siasatan awal polis.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan.
Katanya, pihaknya masih menunggu laporan penuh bedah siasat mangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 April 2015 @ 2:36 PM
No comments:
Post a Comment