Search This Blog

Friday, April 17, 2015

Mayat dalam kotak

Georgetown: Mayat seorang lelaki warga Myanmar ditemui dalam keadaan berulat serta disumbat dalam kotak di sebuah rumah kedai dua tingkat di Lebuh Victoria, di sini.
Mayat terbabit ditemui diatas bumbung dan dipercayai mati sejak hampir lima hari lalu.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, setakat ini polis mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut.
"Pemeriksaan awal mendapati tiada sebarang kecederaan pada badan mangsa namun kita masih menjalankan siasatan lanjut.
"Mayat dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 April 2015 @ 5:58 PM


FOTO ihsan pembaca
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/44266#sthash.W92sKFk4.dpuf

No comments:

Post a Comment