Search This Blog

Wednesday, April 8, 2015

Lapan mati selepas elektrik dipotong



Anggota polis kelihatan mengawal rumah sebuah keluarga yang ditemui mati di Princess Anne, Maryland kelmarin.


PRINCESS ANNE, Maryland – Seorang lelaki bersama tujuh orang anaknya ditemui mati di sebuah rumah di sini dipercayai akibat terhidu asap daripada sebuah generator.
Menurut ahli keluarga terdekat, mangsa terpaksa menghidupkan generator itu bagi mengelakkan anak-anaknya daripada kesejukan apabila bekalan elektrik di rumah mereka diputuskan ekoran gagal membayar bil tertunggak.
Lloyd Edwards berkata, anak tirinya, Rodney Todd, 36, ditemui mati bersama dua anak lelaki dan lima anak perempuan berusia antara enam hingga 15 tahun.
“Bagi memastikan anak-anaknya tidak kesejukan, dia membeli sebuah generator dan mungkin asap karbon monoksida menyebabkan kematian mereka,” kata Edwards.
Sementara itu, Ketua Polis Princess Anne berkata, sebuah generator tanpa minyak ditemui di bahagian dapur rumah berkenaan.
Anggota polis melakukan siasatan di rumah berkenaan kelmarin selepas dihubungi seorang rakan mangsa yang curiga apabila tidak melihat kelibat lelaki itu sejak beberapa hari lalu.
Ibu kepada Todd, Bonnie Edwards mengesahkan identiti kanak-kanak berkenaan iaitu dua anak lelaki, Cameron, 13, dan Zycheim, 7, manakala lima anak perempuan iaitu Tynijuiza, 15, Tykira, 12, Tybree, 10, Tyania, 9, dan Tybria, 6. – APAP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0408&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3WffI5SIb 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment