Search This Blog

Wednesday, April 8, 2015

Langgan 12,000 pelacur sepanjang 27 tahun


Tokyo: Seorang bekas guru besar yang didakwa membayar 12,000 wanita untuk seks ketika berada di Filipina ditahan semalam selepas dakwaan timbul mengatakan sekurang-kurangnya seorang gadis berusia 13 tahun.
Yuhei Takashima merekodkan secara terperinci hampir 150,000 gambar menunjukkan perbuatannya sepanjang tempoh 27 tahun dalam lebih 400 album berbeza kerana mahu menyimpan kenangan berkenaan, lapor media tempatan.
Dia yang kini berusia 64 tahun memberitahu polis dia mula membayar untuk mendapatkan khidmat seks selepas dihantar ke sebuah sekolah Jepun di Manila pada 1988.
Dia mengaku melakukan tiga ‘kembara seks’ setahun di kawsan perkampungan yang secara keseluruhannya merangkumi 65 lawatan.
Ketika tempoh ini dia mengadakan seks dengan lebih 12,000 wanita yang dilaporkan berusia antara 14 hingga 70 tahun.
Walaupun tiada laporan memperincikan tempoh ‘kembara seks’ dilakukannya atau jumlah wanita ditiduri bagi setiap perjalanan, ia boleh disamakan dengan lebih daripada seorang bagi setiap hari hidupnya sejak pertama kali memulakan lawatan seumpama itu.
Takashima didakwa memberitahu polis, 10 peratus wanita ditidurinya berusia di bawah 18 tahun.
Dia ditahan kerana mengadakan seks dengan seorang gadis di Manila tahun lalu yang dipercayai berusia 13 atau 15 tahun.
Polis mempunyai bidang kuasa untuk mendakwanya bagi kesalahan yang dilakukan di luar negara. - AFP
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/42472#sthash.xsriCWlf.dpuf

No comments:

Post a Comment