Search This Blog

Friday, April 17, 2015

Kerajaan rugi RM8 bilion



ISMAIL (tengah) dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis, Sabry Ahmad (dua dari kiri) beramah mesra dengan anggota penguat kuasa JPJ selepas majlis Hari JPJ Peringkat Negeri Perlis di Arau semalam.


ARAU – Kerajaan mengalami kerugian kira-kira RM8 bilion tahun lepas akibat lebih 480,000 kemalangan jalan raya yang mengorbankan 6,674 orang, kata Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Seri Ismail Ahmad.
Katanya, perkiraan itu dibuat dengan mengambil kira setiap rakyat menerima subsidi kerajaan sebanyak RM1.2 juta sejak dilahirkan sehingga tamat pengajian di pusat pengajian tinggi atau universiti.
"Jumlah kematian ini adalah tinggi jika dibandingkan dengan negara maju seperti United Kingdom yang mencatatkan 800 kematian sahaja tahun lepas walaupun penduduknya berjumlah lebih 60 juta orang," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis Hari JPJ Malaysia Peringkat Negeri Perlis di pekarangan jabatan itu di Jejawi dekat sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0417&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz3XVtAjFZ0 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment