Search This Blog

Thursday, April 23, 2015

Kerajaan Korea umum apungkan rangka feri Sewol

Seoul: Kerajaan Korea Selatan semalam mengumumkan ia akan mengapungkan rangka feri Sewol, setahun selepas ia karam hingga menyebabkan lebih 300 orang mati, kebanyakannya pelajar.
Mengapungkan feri berkenaan menjadi tuntutan utama keluarga mangsa yang sejak beberapa minggu lalu meningkatkan kempen mereka dengan mengadakan tunjuk perasaan besar-besaran, termasuk bertempur dengan polis yang terpaksa menggunakan meriam air dan penyembur lada hitam.
Kementerian Keselamatan Awam berkata, operasi mengapungkan feri itu bermula pada September di luar pantai Jindo, tempat Sewol karam 16 April lalu.
Feri seberat 6,825 tan itu terdampar 40 meter di dasar laut dan usaha untuk mengapungkannya akan berdepan dengan cabaran teknikal amat besar.
Kementerian itu menganggarkan kos operasi itu antara AS$90 juta (RM323 juta) dan AS$140 juta (RM503 juta) dan ia mungkin mengambil masa hingga satu setengah tahun.
Ketika kejadian, feri itu membawa 476 penumpang, termasuk 325 pelajar. Hanya 75 orang terselamat danm sebanyak 295 mayat ditemui. - Reuters
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 April 2015 @ 7:38 AM


SEORANG wanita duduk di sebelah monumen berbentuk kapal yang mengandungi mesej untuk mangsa feri karam, di Seoul, Korea Selatan, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/45678#sthash.3AMecGAH.dpuf

No comments:

Post a Comment