Search This Blog

Saturday, April 11, 2015

Kena cekup awal pagi

Oleh Zainuz Fitri 
am@hmetro.com.my

Johor Bahru: Enam puluh lima warga asing, termasuk tiga kanak-kanak ditahan dalam pemeriksaan Jabatan Imigresen Johor di kawasan setinggan Kampung Plentong Baru, Masai di sini, awal pagi ini.
Timbalan Ketua Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Imigresen Johor, Masri Adul, berkata 62 yang ditahan itu adalah warga Indonesia manakala tiga lagi dari Myanmar.
Menurutnya, 150 penghuni kawasan setinggan terbabit diperiksa dalam Ops Sapu bermula 1.30 pagi.
Katanya, kesemua warga asing berkenaan ditahan mengikut Peraturan-Peraturan Imigresen 1959/1963.
"Kesemua mereka ditahan berusia antara lima bulan hingga 50-an itu dibawa ke Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Setia Tropika untuk siasatan lanjut," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 April 2015 @ 2:03 PM


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/43076#sthash.fkHUAOmN.dpuf

No comments:

Post a Comment