Polis bertempur dengan kumpulan berkenaan di bandar ini dan bandar pelabuhan Durban yang menjadikan war­ga asing dari Zim­babwe, Malawi, Mozambique dan beberapa negara Afrika lain sebagai sasaran serangan sejak tiga minggu lalu.
“Kami melancarkan operasi ini sebagai langkah mencegah,” kata Menteri Per­tahanan, Nosiviwe Mapisa-Nqakula.
Pada 2008, se­ramai 62 orang maut dalam ke­ga­nasan Xenop­hopia di bandar Johannesburg.
Tentera Afrika Selatan dikerah bagi memulih­kan keadaan da­lam rusuhan pada 2008 yang juga digunakan ke atas penyerang pada 2012 dan pada tahun lalu.
Mapisa-Nqakula berkata, pasukan tentera akan dihantar ke beberapa lokasi di bandar ini dan juga di wilayah KwaZulu Natal.
Di Johannesburg, pasukan tentera akan memberi tumpuan kepada bandar Alexandra, kawasan penduduk miskin dan kini berdepan dengan pertempuran Xenophobic, apabila seorang lelaki Mozambique ditikam sehingga mati pada Sabtu lalu. – AFP