Luke Shambrook
Luke Shambrook
VICTORIA - AUSTRALIA . Seorang kanak-kanak penghidap austisme yang hilang dari lokasi perkhemahan keluarganya Jumaat lepas ditemui semalam.

Menurut The Guardian, Luke Shambrook, 11, ditemui dalam keadaan lemah di dalam hutan berkenaan selepas dikesan helikopter penyelamat.

Luke dilaporkan hilang pada jam 9.30 pagi waktu tempatan empat hari sebelumnya.

Seramai 40 sukarelawan bersama-sama pasukan polis, anjing pengesan, helikopter dan trak 4WD terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat.

Difahamkan, pihak polis terpaksa menghadkan jumlah sukarelawan yang menyertai operasi kerana bilangan terlalu ramai.