Search This Blog

Friday, April 17, 2015

IS tawan kilang penapisan minyak terbesar Iraq



KILANG penapisan minyak di Baiji kini ditawan militan IS. - AFP


KIRKUK, Iraq – Sebahagian anggota kumpulan militan Islamic State (IS) bertindak memecah masuk ke kilang penapisan minyak terbesar di Baiji sebelum merampas sebahagian kemudahan dan bersembunyi di antara tangki simpanan bahan api, kata seorang pegawai kelmarin.
IS sejak 10 bulan lalu telah berkali-kali cuba untuk menguasai kilang penapisan minyak terbesar di negara itu, namun gagal kerana pihak keselamatan berupaya menentang mereka.
"Kumpulan itu kini menguasai kilang tersebut yang turut dijadikan institut latihan dan mengawal penghantaran produk dan sebahagian jalan di dalam kawasan berkenaan," kata seorang pegawai kanan di syarikat negeri yang bertanggungjawab mengendalikan kilang penapisan minyak di utara Iraq kepada AFP.
Tambahnya, pasukan keselamatan di kawasan itu sedang menghadapi pertempuran sengit dengan militan IS yang kebanyakannya bersembunyi di sebalik tangki minyak yang penuh.
Seorang jeneral tentera berkata, militan IS telah menyerang dari dua arah dan dapat menembusi beberapa ratus meter ke dalam pusat kemudahan itu.
"Pasukan keselamatan kini berusaha mempertahankan kilang penapisan tersebut dan terus mengepung anggota militan yang bersembunyi di beberapa lokasi terhad termasuklah di celah-celah tangki simpanan," ujar beliau.
Kilang penapisan minyak tersebut yang terletak kira-kira 200 kilometer di utara Baghdad pernah menghasilkan 300,000 tong produk minyak yang telah ditapis setiap hari. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0417&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz3XVrpQ6it 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment