Slug - Dadah polis.Pulau Pinang - Nibong Tebal 07 April 2015 KETUA Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintenden Wan Hassan Wan Ahmad.Gambar: Sazali Che Din.Pemberita: Azeli Ali (Utusan Malaysia).
Kesemua mereka ditahan susulan tangkapan seorang lelaki berumur 30-an sebelum itu Jalan Besar Taiping-Bangan Serai, Perak.
Kejayaan tangkapan itu telah membantu polis menahan lapan lagi lelaki berumur antara 22 hingga 44 tahun.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintenden Wan Hassan Wan Ahmad berkata, kejayaan menahan mereka hasil maklumat awam.
Beliau berkata, polis menemui semula beberapa barangan curi seperti beg dan telefon daripada suspek.
“Kita juga merampas beberapa peralatan yang digunakan seperti parang, kapak dan pisau ketika menyamun kilang tersebut.
“Siasatan mendapati lima suspek terbabit dalam kejadian tersebut manakala empat lagi dibebaskan dan polis masih memburu seorang dua lelaki termasuk seorang warga Bangladesh yang masih bebas,” katanya di sini.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Selatan di sini hari ini.
Dalam kejadian samun 24 Februari lalu, lima lelaki bersenjatakan parang memakai kain tutup muka menyerbu pejabat kilang itu lalu bertindak mengikat tangan serta kaki salah seorang pekerja pejabat.
Kejadian tersebut berlaku pada pukul 11.30 malam.
Suspek telah mengambil satu peti besi mengandungi geran tanah, pasport pekerja, dua telefon bimbit, dua komputer riba dan wang tunai RM10,000 dengan jumlah kerugian keseluruhan RM20,000.
Wan Hassan berkata, hasil ujian air kencing mendapati empat suspek positif dadah jenis methamphetamine dan mereka juga mempunyai rekod dadah.
Menurut beliau, kesemua lima suspek itu direman hingga 10 Mei ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.