Kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu berlaku ketika mangsa, Zainun Baharon, 73, berada di dapur rumahnya sebelum dia diserang individu tidak dikenali sehingga pengsan.
“Saya berada di dapur ketika kejadian, tiba-tiba datang dua lelaki yang menyerang saya menggunakan kayu serta menumbuk muka sehingga pengsan. Setelah sedar, saya dapati rantai dan gelang yang dipakai sudah tiada,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Anak mangsa, Jamaliah Shariff, 50, memberitahu, dia menerima panggilan daripada seorang jiran pada pukul 6 petang yang memberitahu ibu saya cedera.