Search This Blog

Thursday, April 23, 2015

Didenda RM92,144 tak bayar gaji amah


Singapura: Jabatan buruh Singapura mendenda seorang wanita S$34,500 (RM92,144) kerana tidak membayar gaji seorang pembantu rumah warga Indonesia.
Tang Lee Sung, 39, didenda kerana melakukan 19 kesalahan termasuk gagal membayar gaji pembantu rumahnya yang berjumlah S$5,778 (RM15,432).
Tan didakwa tidak membayar gaji pembantu rumahnya yang berjumlah S$420 (RM1,121) sebulan pada 11 November 2011 hingga 12 Mei 2013.
Selain didenda, Tan turut didapati bersalah menggaji pekerja secara haram dengan mengarahkan pembantu rumahnya bekerja di luar skop tugas.
Wanita itu didakwa menggaji pekerja secara haram selepas membawa pembantu rumahnya ke Johor Bahru untuk menjaga kucing milik ibunya.
Perbicaraan selama dua hari itu mendapati Tan bersalah terhadap 19 tuduhan termasuk gagal membayar gaji dan menggaji pekerja secara haram.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/45686#sthash.1dVWAeUM.dpuf

No comments:

Post a Comment