Search This Blog

Wednesday, April 8, 2015

Bungkus dadah di hotel bajet



Wan HASSAN (kanan) menunjukkan salah sebuah pisau yang dirampas semasa menahan empat individu dipercayai terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah pada sidang akhbar di Seberang Perai, Pulau Pinang semalam.


SEBERANG PERAI – Perbuatan licik sepasang kekasih bersama dua rakan mereka yang menjadikan sebuah hotel bajet di Taman Simpang Empat, Jawi di sini sebagai lokasi pembungkusan dan pengedaran dadah sintetik terbongkar apabila diserbu polis pada Ahad lalu.
Keempat-empat suspek berusia 23 hingga 34 tahun itu diberkas dalam satu operasi khas yang dijalankan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan kira-kira pukul 2 pagi.
Semasa serbuan, kesemua suspek terdiri tiga lelaki dan seorang wanita itu dikatakan berada di dalam bilik masing-masing dan mereka turut memberi kerjasama ketika pemeriksaan dijalankan.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Wan Hassan Wan Ahmad berkata, penahanan suspek terbabit dilakukan selepas pihaknya menerima laporan berhubung kegiatan pengedaran dadah secara kecil-kecilan di hotel berkenaan.
Menurutnya, siasatan lanjut mendapati kesemua yang berasal dari negeri ini telah menjalankan kegiatan haram terbabit di salah sebuah bilik hotel di situ sejak seminggu lalu.
“Suspek menjadikan bilik hotel terbabit sebagai tempat pembungkusan dadah jenis syabu, heroin dan ganja sebelum diedarkan kepada pelanggan di sekitar kawasan Seberang Perai Selatan, Parit Buntar dan Bandar Baharu, Perak.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0408&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz3WfiJ7hCk 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment