Search This Blog

Friday, April 17, 2015

Bekas juruterbang TUDM didakwa palsukan tandatangan rakan



MOHD. HALIM (kanan) sewaktu dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam semalam.


SHAH ALAM – Seorang bekas juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini semalam terhadap tiga pertuduhan memalsukan tandatangan rakannya pada tiga keping cek bernilai RM11,514 tiga tahun lepas.
Tertuduh, Mejar (B) Mohd Halim Aziz membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Farah Azura Mohd. Saad selepas ketiga-tiga pertuduhan terhadapnya dibacakan.
Dia didakwa dengan sengaja memalsukan tandatangan Mohd. Khairuddin Dahlan pada cek sebuah bank berjumlah RM11,514 dengan tujuan membayar ansuran sebuah kereta jenis BMW.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0417&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz3XVtgRGVS 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment