Barangan peribadi mangsa nahas pesawat MH17 akan dikembalikan kepada waris tidak lama lagi. AGENSI
KIEV 22 April – Katalog digital yang mengandungi gambar-gambar dan barangan peribadi mangsa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai lalu akan diserahkan kepada waris mangsa, tidak lama lagi.
Menurut laman web nltimes.nl, Pendakwa Raya Awam, meminta ahli keluarga mangsa yang mengenali barangan milik mangsa nahas boleh membuat tuntutan ke atas barangan tersebut.
Barangan peribadi milik mangsa kini boleh tuntut oleh ahli keluarga mangsa selepas Pendakwa raya mengambil barangan tersebut sebagai bahan bukti.
Pasukan pendakwa raya telah menempatkan barangan peribadi yang tidak mengandungi maklumat, dan perkara itu penting bagi siasatan nahas tersebut.
“Ini sangat penting kerana merupakan harta persendirian, yang mempunyai banyak kenangan dan akan dikembalikan kepada waris mangsa secepat mungkin,” ujar Ketua pegawai Fred Westerbeke.
Penyerahan ini merupakan kali kedua termasuk katalog yang ditunjukkan kepada ahli keluarga mangsa.
No comments:
Post a Comment