Banda Aceh: Satu kebakaran di ibu pejabat Bank Aceh di sini semalam menyebabkan seorang pekerja maut selepas mangsa terperangkap di dalam bangunan berkenaan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/45688#sthash.wHWILk6A.dpuf
Anggota bomba dan polis menjumpai mayat mangsa, Yudesi, 32, selepas masuk ke dalam bangunan berkenaan kira-kira jam 9.30 pagi (waktu tempatan).
Mangsa berasal dari Medan dan mayatnya dihantar ke Hospital Zainal Abidin di sini.
“Lelaki berkenaan terperangkap di tingkat dua bangunan itu,” kata seorang pegawai polis.
Menurutnya, bangunan itu terbakar pada jam 6 pagi (waktu tempatan) dan menyebabkan sebahagian besar bangunan tiga tingkat berkenaan musnah. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 April 2015 @ 7:46 AM
No comments:
Post a Comment