WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Lelaki warga Amerika Syarikat (AS) yang menembak mati tiga pelajar Islam dalam kejadian menggemparkan di North Carolina pada Februari lalu bakal berdepan hukuman mati.

Craig Stephen, 46, didakwa melakukan pembunuhan darjah pertama ke atas Deah Shaddy Barakt, 23, Yusor Mohammad Abu-Salha, 21, dan Razan Mohammad Abu-Salha, 19, di sebuah apartmen berhampiran Universiti North Carolina pada 10 Februari lalu.

Kelmarin, hakim Orlando Hudson Jr memberitahu Stephen boleh dijatuhi hukuman mati jika disabit bersalah oleh mahkamah.

Terdahulu, beberapa bahan bukti dikemukakan kepada mahkamah menunjukkan lapan kelongsong peluru yang ditemui di lokasi kejadian adalah sepadan dengan senjata api milik tertuduh.

Selain itu, hasil siasatan polis turut menemui tompokan darah milik salah seorang mangsa pada seluarnya.  - Press TV