Keadaan kereta mangsa yang dirempuh lori. FOTO Rosliza Mohamed |
Dalam kejadian 6 pagi itu, Mohd Zaki Mohd Nor,40, parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa berkata, kejadian berlaku ketika mangsa yang memandu kereta jenis Kia Spectra dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Kuala Krai untuk bertugas.
Katanya, lori yang merempuhnya dalam perjalanan dari Ketereh ke Kota Bharu.
"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk bedah siasat," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 April 2015 @ 2:37 PM
No comments:
Post a Comment