Search This Blog

Wednesday, April 8, 2015

Ajal elak pokok tumbang

Jempol: Gara-gara mengelak pokok tumbang, seorang pemandu kereta maut apabila terbabit dalam kemalangan di Jalan Bahau-Rompin, 6.30 pagi tadi.
Mangsa Muhamad Riduan Abdul Karim, 35, memandu Toyata Wish dalam perjalanan pulang dari Pasar Borong Bahau menuju ke Gemas.
Menurut saksi sebaik tiba di lokasi mangsa mengelak pokok tumbang di laluannya dan memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan lori tiga tan dari arah Gemas.
Mangsa yang juga seorang peniaga dan Ketua Pemuda UMNO cawangan di Taman Sentosa dekat Gemas maut di tempat kejadian manakala isteri dan anak perempuannya yang cedera ringan dikejarkan ke Hospital Jempol ( HJEM ).
Pemandu dan dua penumpang lori bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 April 2015 @ 10:38 AM


IBU mangsa, Juhar Kadir, 58, sebak di sisi mayat anaknya. FOTO Abnor Hamizam Abd Manap
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/42362#sthash.EjQvP4bx.dpuf

No comments:

Post a Comment