Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata, mereka yang ditahan dalam operasi lebih tiga jam berakhir 12 tengah malam terdiri daripada lapan wanita Vietnam dan masing-masing seorang rakyat Indonesia serta China.
"Polis turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 46 tahun disyaki penjaga premis," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata, GRO berusia antara 30 dan 45 tahun itu memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial. - BERNAMA