Lokasi kejadian dua wartawan ditembak, semalam. - Foto AP |
Mangsa adalah Danilo Lopez wakil akhbar Prensa Libre dan Federico Salazar wartawan Radio Nuevo Mundo.
Editor Prensa Libre, Miguel Angel Mendez Zentina berkata, Danilo telah bekerja dengan akhbar berkenaan selama lebih sedekad dan baru-baru ini telah memfailkan aduan terhadap Jose Linares Rojas, Datuk Bandar San Lorenzo atas tuduhan membuat ancaman bunuh terhadapnya.
"Lopez juga telah menulis cerita tentang ketidaktulusan dana awam dalam pentadbiran Jose Linares.
"Danillo adalah seorang wartawan yang beretika, sangat telus dan amat baik dalam prosedur perakaunan dana awam dan bagaimana ia memberi kesan terhadap masyarakat," katanya lagi.
Sementara itu, Pengarah Radio Nuevo Mundo, Marvin Robledo berkata, Federico tidak pernah bercerita apa-apa masalah atau ancaman yang diterimanya dan tidak membuat sebarang laporan khas ketika dia dibunuh.
"Kami akan menunggu siasatan, dan tidak tahu apa motif pembunuhan tersebut, kata Marvin yang dipetik AP.
No comments:
Post a Comment