Mangsa yang dikenali sebagai D. Komethy, 31, ditemui terlentang di atas tilam dalam keadaan berpakaian baju blaus bercorak petak bunga dan berseluar pendek oleh orang awam kira-kira pukul 9 malam tadi.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Mohd. Yusoff Awang berkata, polis menerima panggilan daripada seorang lelaki pada pukul 9 malam untuk memaklumkan tentang kejadian tersebut.
“Ketika tiba di rumah mangsa, didapati pintu rumah dalam keada­an terbuka dengan lampu menyala dan kita menjumpai mayat seorang wanita dalam keadaan terlentang di atas tilam bujang di ruang tamu rumah tersebut.
“Mangsa ditemui dalam ke­ada­an berpakaian baju blaus berco­rak petak bunga dan memakai selu­ar pendek berwarna hitam.
“Pemeriksaan pada badan mang­sa terdapat tiga kesan luka akibat dikelar di bahagian hadapan hingga belakang leher, telinga kanan dan pipi kiri mangsa,” katanya ketika dihubu­ngi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menurut Mohd. Yusoff, hasil siasatan lanjut mendapati mangsa telah bercerai sejak tujuh tahun lalu dan mempunyai empat orang anak dalam lingkungan umur empat hingga 10 tahun.
“Tiga daripada anak mangsa dijaga oleh ibunya di Sungai Chua, Kajang manakala seorang anak lelaki dijaga oleh bekas suami mangsa,” katanya.
Beliau berkata, berdasarkan so­al siasat dengan jiran terdekat didapati mangsa tinggal sendirian di rumah tersebut dan bekerja di bengkel milik bapanya berdekatan dengan rumah sewa berkenaan.
“Siasatan awal juga mendapati kejadian itu bermotif bunuh kera­na mempunyai kesan kelar dan di­perca­yai dilakukan oleh seseorang yang dikenali mangsa. Tiada sebarang senjata ditemukan di rumah tersebut,” ujarnya.
Katanya, polis sedang menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti motif dan lain-lain unsur jena­yah pembunuhan tersebut terma­suk menjejak suspek.